Malaysia: Antara negara yang digeruni dan dihormati

Korang pernah dengar tak pasal sejarah peperangan Melayu? 

Dari zaman Hang Tuah, Hang Jebat, hinggalah pejuang-pejuang yang lawan penjajah, kita ni memang ada unsur keganasan dalam diri. 

Orang melayu kalau marah, ada auranya tersendiri. 

Bukan keganasan yang negatif, tapi lebih kepada berani dan pemberani. Orang Melayu dahulu kala ada ilmu mempertahankan diri seperti silat yang sampai sekarang masih dihormati. Tengok sendiri cerita Mat Kilau sebagai contoh. 

Darah pahlawan

Tak dinafikan, kita ada banyak pejuang yang gemparkan dunia. Darah pahlawan ni bukan sahaja dari segi peperangan, tapi juga dari segi mempertahankan maruah dan hak kita sebagai bangsa dan negara. 

Kalau korang nak tahu, ada kajian yang tunjuk bahawa kita ni memang berani bila perlu, dan tak mudah mengalah. Inilah yang buat orang lain rasa hormat!

Ilmu dalaman dan kerohanian

Kita ada tradisi mengamalkan ilmu dalaman atau kerohanian.

Benda ni bukan main-main tau. Ramai yang percaya ilmu ini mampu memberikan perlindungan dan juga kekuatan. Majoriti orang melayu memang ada ilmu ni yang tersendiri. Negara luar mana ada. 

Mungkin sebab tu, bila orang dengar kita yang dari Malaysia ni, terus diorang ada rasa hormat dan takut. Kira diorang macam respect kita lah. 

Persepsi negara lain terhadap Malaysia

Tak boleh dinafikan, ada negara yang pandang kita sebelah mata. Tapi, bila diorang tahu pasal sejarah dan keunikan kita, perspektif tu mula berubah. 

Kadang-kadang, persepsi ini jugak yang buat kita lebih ‘dihormati’ berbanding negara lain. Sebab tu lah korang akan dengar cerita-cerita macam, “eh, kau dari Malaysia ke? Patutlah!”

Malaysia: Negara yang high-educated

Malaysia ni bukan setakat negara yang ada unsur keganasan atau berdarah pahlawan je. 

Kita ni educated tau! Universiti-universiti kita pun banyak yang masuk ranking dunia. 

Tak payah cerita pasal luar negara, di dalam Malaysia sendiri, kita punya banyak institusi pengajian tinggi yang power-power. Edukasi ni penting sebab ia jadi asas untuk kita bina negara yang lebih baik.

Ilmu agama yang tinggi

Ini point yang sering di-overlook oleh banyak orang. 

Malaysia ni tinggi ilmu agama. Tengok je, banyak institusi pengajian Islam, banyak juga ulama yang dihormati. 

Ilmu agama ni bukan setakat untuk diri sendiri, tapi ia jadi panduan untuk kita bina masyarakat yang adil dan saksama. Plus, ilmu agama ni juga yang selalu jadi pegangan kita dalam kehidupan seharian. Malaysia adalah salah satu negara Islam. 

Takut, tapi dalam erti kata positif

Ini yang best! 

Korang perasan tak, kalau ada isu-isu yang rakyat tak puas hati, mesti menteri akan ambil tindakan. Kenapa? Sebab diorang tahu, rakyat Malaysia ni bukan calang-calang. 

Kita ada suara, kita ada hak untuk bersuara, dan kita tau apa yang terbaik untuk negara kita. Sekali rakyat Malaysia bersuara, habis semua tempat diorang berhimpun. Silap silap kerajaan punya website semua kena hacked. 

Tentera yang cekap dan berdedikasi

Kita ni ada satu lagi elemen yang buat kita digeruni dan dihormati iaitu tentera Malaysia. 

Bila sebut pasal tentera Malaysia, mereka ni dilatih dengan cekap, berdedikasi, dan komited untuk mempertahankan negara kita. Tengok diorang dalam gambar pun nampak gerun, dah rasa aura dia bukan main main. Inilah tentera Malaysia. 

Kita sendiri yang tengok rasa gerun, kalau negara luar tengok? Aura tu penting. 

Ganas tapi bertanggungjawab

Mungkin perkataan “ganas” ni boleh buat korang terfikir banyak benda. Tapi dalam konteks tentera kita, ganas tu lebih kepada berani dan tak gentar menghadapi apa apa pun. 

Tapi jangan salah faham, diorang ni ganas dalam erti kata positif. 

Diorang tahu bila masa untuk jadi ‘ganas’ dan bila masa untuk menunjukkan sisi diplomasi. Musuh ganas dengan rakyat Malaysia? Korang kena tahu, kita ni lagi ganas daripada musuh. 

Keterlibatan dalam misi kemanusiaan

Korang tahu tak, tentera kita ni juga aktif terlibat dalam misi-misi kemanusiaan? 

Dari zaman dulu lagi, tentera Malaysia selalu menjadi sebahagian dari pasukan pengaman antarabangsa. Ini menunjukkan yang kita tak setakat cekap dalam hal pertahanan, tapi juga berperanan dalam isu-isu global.

Memberi bantuan kepada Palestin

Korang, ni satu lagi sebab kenapa Malaysia digeruni dan dihormati. 

Tahu tak, kita ni salah satu negara yang paling aktif memberi sokongan kepada Palestin. Bukan setakat politik je, tapi juga dalam bentuk bantuan kemanusiaan.

Mengapa Palestin?

Sebelum kita cerita pasal bantuan, mesti ada yang tertanya, kenapa Palestin kan? Sebabnya mudah je, kita ni satu negara yang tinggi ilmu agama dan moral. 

Jadi, bila ada yang ditindas, kita rasa terpanggil untuk bantu. Palestin ini simbol dari perjuangan yang lebih besar, perjuangan keadilan dan hak asasi manusia.

Bentuk bentuk bantuan yang diberikan

Kita tak main-main bila bab bantu Palestin. Dari bantuan makanan, perubatan, hingga ke pendidikan, Malaysia sentiasa ada. 

Ada banyak NGO dan juga inisiatif kerajaan yang fokus pada isu ini. Tak cuma itu, tentera kita juga pernah terlibat dalam misi-misi kemanusiaan di sana.

Dampak kepada hubungan antarabangsa

Bila kita aktif dalam isu-isu macam ni, percayalah, negara lain akan pandang kita dengan lebih hormat. Kita tunjukkan yang kita bukan setakat kuat dari segi ketenteraan, tapi juga kuat dari segi moral dan etika.

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.