Sihir paling besar yang ramai tak tahu

Biasanya bila kita dengar perkataan ‘sihir’, mesti terfikir pasal bomoh, dukun atau cerita-cerita mistik, kan? 

Tapi sebenarnya, sihir ni lebih luas dari itu. 

Dalam konteks agama, sihir adalah satu bentuk tipu daya yang boleh menyesatkan diri kita dari jalan yang benar. Tapi apa yang korang tak tahu, sihir dalam bentuk dunia ini lagi berbahaya. Kenapa? Sebab ia lebih halus dan kita tak sedar kita dah pun terperangkap.

Photo By Imuslim.co

Gelaran 'sihir' biasanya untuk apa?

Gelaran ‘sihir’ ni biasanya kita gunakan untuk benda-benda yang kita tak faham atau kita tak boleh terima. 

Contoh, ada orang dapat kuasa atau harta dengan cara yang tak masuk akal, kita label sebagai ‘sihir’. Tapi sebenarnya, kita kena faham, penipuan dunia ni lagi besar dan lagi merbahaya.

Harta dan kekayaan

Siapa yang tak suka kaya, kan? 

Tapi, korang tahu tak, ini sebenarnya satu bentuk penipuan dunia. Kita kejar harta sampai kita lupa tentang tanggungjawab kita kepada Tuhan dan sesama manusia. 

Nak lagi teruk? Ada yang sanggup buat apa saja demi kekayaan, termasuklah menipu dan merompak!

Pangkat dan kedudukan

Pangkat. Wah, siapa yang tak nak jadi boss, CEO, atau orang penting? 

Tapi pernah tak korang fikir, ada orang yang sanggup buat apa saja, termasuk langgar prinsip agama, untuk capai pangkat tinggi? Ini lagi satu tipu daya dunia yang buat kita lalai.

Lalai dengan agama: Solat? apa tu?

Korang, ini part yang paling serius. Banyak orang sekarang ni yang lalai dengan agama. Solat lima waktu pun susah, apatah lagi nak baca Quran atau beribadah lain. 

Banyak alasan: “Busy lah, banyak kerja,” atau “Nanti-nanti la aku buat.” Tapi, korang tahu tak, solat tu adalah tiang agama. Kalau tiang tu goyang, apa jadi dengan bangunan agama kita?

Kepercayaan syirik: Tunggu, korang serius ke?

Aduh, ini serius korang. 

Ada yang percaya dengan ‘jampi’ atau benda-benda yang sepatutnya kita jauhi sebagai umat Islam. Ini lagi satu contoh macam mana kita boleh terperangkap dalam penipuan dunia.

Percaya dengan mata tanpa guna hati

Korang pernah tak percaya sesuatu sebab nampak dengan mata sendiri, tapi tak pernah fikir pakai hati? Ini lagi satu masalah besar. Sebab tu ramai rakyat Malaysia tertipu. 

Contohnya, ada orang fitnah, kita terus percaya. Tanpa usik, tanpa tanya, tanpa fikir. Ini lah cara kita boleh terjebak dalam penipuan dunia.

Photo By Imuslim.co

Menilai orang dari luaran

Korang, kita hidup di zaman social media di mana semua orang nak tunjuk yang mereka ni perfect je. Masalahnya boleh pulak korang percaya hanya kerana nampak “perfect”

Sebenarnya, kita tak boleh nak judge sesuatu itu baik atau buruk hanya dari apa yang kita nampak. Sebab itu, jangan mudah terpedaya! Gunakan mata hati, kita akan nampak hakikat sebenarnya. 

Dunia inilah sihir yang paling besar

Korang, sebenarnya DUNIA INILAH SIHIR YANG PALING BESAR. Yups, you heard me right. 

Semua yang kita bincang tadi, dari harta, pangkat, lalai dalam agama, percaya fitnah, dan sebagainya, semua ini adalah cara Iblis nak menyesatkan kita.

Kerja iblis vs syaitan biasa

Ingat, Iblis tak rasuk orang. 

Kerja dia lebih besar: dia nak pastikan kita semua terpesong dari jalan yang benar. Yang rasuk-rasuk tu kerja syaitan biasa je. Iblis, dia lebih licik. Dia guna semua elemen dalam dunia ni untuk menyesatkan kita.

Dunia vs sihir: Mana satu lebih bahaya?

DUNIA INILAH SIHIR YANG PALING BESAR. 

Ini bukan main-main, korang. Ini adalah kerja Iblis yang paling berjaya: membuat kita lupa diri dan lalai dalam agama kita. Dunia inilah sihir yang paling besar tapi halus. Kita semua sedang jatuh ke lembah neraka tapi kita tak nampak. 

Orang kanan Iblis akan keluar: Itulah dia Dajjal

Ini tentang Dajjal, orang kanan Iblis yang akan keluar pada akhir zaman. Jangan ambil enteng, sebab ini adalah realiti yang sudah dijelaskan dalam banyak hadith dan tafsiran al-Quran.

Dajjal akan muncul dengan pelbagai taktik dan tipu daya untuk menyesatkan manusia dari jalan yang lurus. 

Dia akan tawarkan harta, pangkat, dan kekuasaan sebagai godaan. Untuk sesiapa yang terperangkap, hati-hati sebab ia adalah jebakan yang akan membawa kepada kebinasaan.

Tapi, jangan risau gak. Ada cara untuk kita lindungi diri. Pertama, kuatkan iman. Kedua, banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah. Ketiga, jangan lupa untuk selalu berzikir dan ingat kepada Tuhan kita.

Jadi, Dajjal ini adalah manifestasi fizikal dari semua penipuan dunia yang kita dah bincang sebelum ni. Ini adalah level seterusnya, dan kita semua kena bersiap sedia.

Photo By Imuslim.co

Kesimpulan: Wake up, sekarang!

So korang, inilah masanya untuk kita wake up dan sedar. 

Dunia ini penuh dengan penipuan, dan yang paling berbahaya adalah kita sendiri yang menipu diri sendiri. 

Jadi, let’s make that change today. 

Kembali kepada agama, jauhi semua yang boleh menyesatkan kita, dan ingat, kerja Iblis itu sangat besar dalam dunia ini.

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.