Kegunaan garam & limau dalam perubatan Islam

Kegunaan garam dan limau ni ada banyak. Bila masuk dalam bab Perubatan Islam, garam dan limau ni biasanya digunakan oleh pengamal perubatan Islam untuk merawat pesakit yang terkena gangguan sihir & saka. 

Garam secara semula jadi dipercayai boleh mencederakan tubuh badan jin. Kalau garam tu kita tambahkan lagi dengan pengisian ayat ayat manzil, maka garam ni boleh menjadi asbab untuk membunuh gangguan sihir & saka keturunan. 

Dari Abdullah bin Umar r.a dari Nabi saw:

“Sesungguhnya Allah S.W.T menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.” (HR al-Baghawiy)

Garam didalam perubatan Islam biasanya digunakan sebagai wasilah untuk mengubati penyakit pada diri. 

Ada dalil yang diriwayatkan oleh al-Tabrani dengan isnad yang hasan dalam kitab Mu’jamal-Awasat, menjelaskan bahawa Nabi s.a.w pernah menggunakan garam serta bacaan ayat Al-Quran untuk merawat bisa kala jengking.

Bermaksud garam digunakan sebagai wasilah untuk mengubati bisa kala jengking. Semua hadis Nabi menunjukkan rawatan keatas penyakit zahiriah.

Walau macam mana pun tiada hadis yang menyatakan garam boleh digunakan untuk merawat penyakit batiniah seperti sihir & saka keturunan. 

Tak ada hadis bukan bermaksud kita tak boleh menggunakan garam & limau dalam ruqyah. Sama macam doktor menggunakan ubat tertentu untuk merawat pesakit. 

Contohnya panadol. Tak ada dalil untuk ini dan tidak bermaksud haram. 

kegunaan garam & limau dalam perubatan Islam

Mandian garam & limau

Kita boleh buat mandian dengan garam. Ada banyak manfaat mandi air garam ni, antaranya merawat masalah migrain, sakit tubuh badan, mengurangkan jerawat & masalah kulit. 

Selain tu mandi air garam ni mampu membuang bisa tubuh badan, santau angin, gangguan sihir & pemujaan ilmu hitam. 

Tabur garam dalam kedai

Garam boleh digunakan membersihkan unsur sihir yang berada dalam kedai dengan menaburkan garam dikawasan kawasan yang dipercayai terkena sihir. 

Tabur menabur garam ni biasanya dilakukan oleh pengamal perubatan Islam tu sendiri kadang pesakit pun boleh tabur ikut pada  kes kes tertentu. 

Tabur garam & limau dikawasan rumah

Garam dan limau boleh digunakan sebagai asbab untuk membuat pendinding rumah agar supaya rumah kita dilindungi dari gangguan makhluk halus, serangan sihir & saka keturunan. 

Sebelum menabur, garam & limau ni perlu dibacakan dengan beberapa ayat manzil seperti bacaan ayatul kursi 11x, surah yunus ayat 81-82, surah Al Falaq, surah An Nass & surah Al Ikhlas.

Doa kepada Allah supaya dengan asbab kita menabur garam & limau ni dapat melindungi diri kita dari terkena gangguan sihir. 

Ada macam macam ayat manzil lagi yang boleh kita gunakan untuk membuat pengisian pendinding rumah. 

Kesimpulan

Hukum segala sesuatu itu adalah harus sampai ada dalil yang mengharamkan.

Tiada dalil yang melarang untuk kita menjadikan garam & limau sebagai wasilah untuk merawat gangguan sihir dan saka. Lagi pun garam dan limau ni sudah digunakan untuk merawat gangguan sihir sejak berpuluh tahun yang lalu. 

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.