Buah pinggang rosak boleh pulih ke?

Sebelum kita meneruskan, penting untuk korang faham apa maksud buah pinggang rosak. 

Secara ringkas, bila buah pinggang kita tak dapat lagi buat kerja dia dengan betul, macam tak menapis darah dengan sempurna dan tak dapat buang semua bahan buangan dalam tubuh badan kita, sampai mendatangkan kesan buruk pada diri. 

Contoh macam badan start gatal gatal, tak boleh tidur malam & kaki bengkak. Biasanya jadi macam ni, sebab banyak bahan toksik & air yang tak dapat dikeluarkan dari tubuh badan kita. 

Jenis kerosakan buah pinggang

  1. Kerosakan akut: Kerosakan yang berlaku dengan cepat, biasanya disebabkan oleh suatu kejadian seperti infeksi, keracunan, kemalangan atau luka.
  2. Kerosakan kronik: Kerosakan yang berlaku secara perlahan-lahan sepanjang masa dan biasanya kerosakan adalah kekal. Kerosakan kronik biasanya berlaku disebabkan pemakanan, darah tinggi & kencing manis yang tidak dicontrol. 

Boleh pulih ke?

Buah pinggang akut: Ya, dalam kebanyakan kes, kerosakan akut boleh pulih. Rawatan cepat dan tepat dapat membantu buah pinggang kembali berfungsi seperti biasa.

Buah pinggang kronik: Ini lebih kompleks. Pada tahap awal, dengan rawatan yang tepat dan perubahan gaya hidup, kita boleh lambatkan kemerosotan fungsi buah pinggang.

Tapi, sekali buah pinggang sudah rosak sepenuhnya, kebanyakan kes memerlukan rawatan dialisis atau pembedahan transplant buah pinggang.

Walau macam mana pun, jawapan untuk persoalan ni sangat komplex kerana bergantung pada banyak faktor. Yes boleh sembuh & yes juga mungkin tak boleh sembuh dah. Ada macam macam pendapat tentang ni. 

Apa yang boleh kita buat?

  1. Pemeriksaan rutin: Sangat penting untuk kita buat pemeriksaan kesihatan rutin. Ini membolehkan kita detect masalah buah pinggang dengan lebih awal. 
  2. Makanan berdiet rendah garam & gula: Memastikan korang makan dengan betul sangat penting. Kurangkan garam, gula, dan makanan berlemak. Ini bantu untuk clean buah pinggang korang. 
  3. Minum air yang cukup: Minum banyak air boleh bantu buah pinggang kita menapis bahan-bahan buangan dengan lebih efisien.
  4. Jauhi bahan kimia & racun: Elakkan diri dari bahan kimia berbahaya dan racun yang boleh merosakkan buah pinggang kita.

Kesimpulan

Buah pinggang rosak memang sesuatu yang kita tak na hadapi. 

Tapi dengan pemahaman yang betul dan tindakan yang proaktif, kita boleh elakkan atau lambatkan kerosakan. 

Jangan sesekali mengambil sebarang suppliment yang entah dari mana. Pastikan korang beli farmacy sahaja, itu pun dengan pantauan doktor.

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.