13 tips untuk bahagia yang ramai tak tahu

Nak bahagia ni bukan sekadar gah diluar je. Kita kena la bahagia luar & dalam. Ramai orang ingat ada duit banyak dia bahagia, sebenarnya tak. Ada duit banyak, tapi dalam hati selalu rasa resah gelisah. So kiranya belum cukup bahagia lagi tu. 

Ada orang kaya, tapi hidup dia sunyi. Tak juga bahagia. Ada orang keluarga besar, tapi miskin. Tak juga bahagia. 

So kita kena maintainkan keduanya sekali. Dunia & akhirat. InsyaAllah kita akan bahagia. 

Artikel ni kita akan terangkan macam mana kita nak bahagia zahir & batin. Bukan sekadar bahagia diluar, tapi dalam pun sama. 

untuk bahagia ni ada macam macam cara ya. Kita semua layak untuk bahagia
Links

Mesti jaga solat 5 waktu. Hidup kita akan bahagia setiap masa, walaupun tengah ada masalah. “Sesiapa yang menjaga solat 5 waktu, maka solat itu akan menjaganya pada 5 waktu juga.”

Ini salah satu ilmu yang amat penting jika kita nak hidup bahagia. Kebahagian itu bermula dari solat 5 waktu. Kerana itu adalah penghubung antara kita dengan Allah. 

Kalau kita dah jaga solat kita, kita akan rasa bahagia pada setiap masa. Terbukti pada yang dah amalkan. InsyaAllah. 

"Solat penting untuk kita hubungkan diri dengan pencipta kita"

2. Memberi makan pada orang yang kelaparan

Setiap hari cuba cari orang yang memerlukan. Kalau nampak ada orang lapar, ada orang susah, cuba berikan makanan kepadanya. Hati kita akan jadi tenang dengan sekali pemberian. 

Lagi banyak kita bagi orang makan, lagi tenang hati kita. Allah akan berikan nikmat ketenangan dalam hati bila kita berbuat sesuatu tu kerana Allah. 

Lagi banyak kebaikan yang kita buat, bahagia la diri kita selama lamanya. Hari ni dah bagi orang makan? Kalau malu tak apa, boleh je bagi kucing yang kelaparan tu makan. Pahala dia sama juga. InsyaAllah. 

3. Membantu orang lain untuk keluar dari masalah

Kalau ada kawan yang susah, kita bantu. Kalau ada kawan yang sedang bersedih, kita gembirakan. Kalau ada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, kita bantu. Bantu tak semestinya dengan duit. 

Boleh bantu dengan kemahiran yang kita ada. Kita ada ilmu bisnes, kita ajarkan sampai dia pandai. Kita ada ilmu rumahtangga, kita ajarkan sampai menjadi. 

Asalkan bantuan kita tu membantu untuk dia keluar dari masalah yang dia tengah hadapi. Simple. Bukan semuanya perlukan duit. Cukup dengan perhatian & kasih sayang. Semuanya akan gembira. 

Lagi banyak kita buat macam ni, lagi bahagia jiwa kita. Sebab kita sebenarnya bukan buat untuk orang, tapi kita buat untuk diri kita sendiri. Simple. 

4. Selalu melihat orang yang lebih susah dari kita

Selalu tengok orang yang lebih atas pada kita, akan buat kita selalu tak berpuas hati. Tengok orang kaya, orang bahagia. 

Last last kita akan compare kan kehidupan orang lain dengan kehidupan kita. Then kita akan rasa tak adil. 

Tapi kalau kita selalu orang yang lebih susah dari kita, maka kita akan selalu rasa bersyukur dengan apa yang kita punya. 

Sebab kita akan nampak, ujian yang kita terima ni cuma biasa biasa je jika nak dibandingkan dengan orang lain. 

Syaitan selalu menampakkan kita benda benda yang bagus supaya kita hilang rasa syukur dengan apa yang kita punya. 

Akhirnya jadi la kita manusia yang banyak merungut & tak tahu bersyukur dengan apa yang ada. Tak nak jadi macam ni? STOP tengok kesenangan orang lain. 

Untuk bahagia kita mesti duduk dengan keluarga yang menyayangi diri kita

"Sekarang semuanya dihujung jari. Buka youtube & facebook dah boleh tengok macam macam orang susah."

5. Selalu bersangka baik pada Allah

Sangka baik pada Allah. Maka Allah akan jadi seperti yang kita sangkakan. Kalau kita sangka Dia jahat, maka jahat la Dia pada diri kita. 

Sangka baik akan buatkan jiwa kita tenang & bahagia setiap masa. Cuba la bersangka baik walaupun sekejap, kita akan rasa juga. 

Didik diri supaya tidak bersangka buruk.Sangka buruk sentiasa buatkan hati kita tidak tenang. 

Allah itu Maha Baik. Dia selalu berikan yang terbaik pada diri kita walaupun nampak macam tak baik. Kita tak tahu. Allah lebih tahu. 

6. Selalu bersangka baik pada manusia

Sangka baik ni bukan sekadar sangkaan. Sangkaan kita ni adalah doa yang menjadikan sesuatu itu seperti yang kita sangka. 

Jika ada manusia yang jahat, bila kita selalu bersangka baik pada dirinya, maka dia benar benar akan menjadi baik. Jadi sangkaan kita boleh menjadi doa. 

Amalkan sangka baik pada orang lain mampu mengubah keadaan kearah yang lebih baik. Hati kita pun akan selalu menjadi tenang. 

7. Ajarkan diri untuk sentiasa rasa cukup (qanaah)

Sentiasa didik diri kita untuk rasa cukup dengan apa yang kita ada. Tak salah untuk kita upgrade kearah yang lebih baik, tapi kita mesti rasa cukup & rasa puas dengan apa yang kita punya. 

Jika kita selalu rasa tak cukup, maka sampai bila bila pun kita takkan rasa cukup dengan semua nikmat Allah. 

Jadi mendidik diri untuk merasa cukup itu adalah penting. Rasa itu letaknya dihati. Bukan dilidah. 

8. Ajarkan kebaikan pada orang lain

Ajar & sebarkan kebaikan walau kebaikan itu dianggap kecil. Kita tahu surah Al Fatihah? Ajarkan kepada mereka yang tak tahu. 

Selama orang lain mengamalkan kebaikan yang kita ajar, pahalanya akan terus mengalir pada diri kita. 

Pahala yang berterusan akan buat jiwa & roh kita sentiasa merasa tenang walaupun kita ada masalah. 

So teruskan mengajar kebaikan pada orang lain. Paling tidak pun kongsikan kebaikan melalui blog macam imuslim ni. InsyaAllah . 

"Nak buat bisnes akhirat, ajarkan kebaikan pada orang lain. Simple"

9. Mendoakan kebaikan pada orang lain

Bila kita selalu mendoakan kebaikan kepada orang lain, kita akan dapat dulu kebaikan itu. 

Makna kata lain, kalau kita doa orang tu akan kaya, maka doa tu akan pergi pada diri kita dulu. So kita la dulu akan kaya. 

Lagi banyak doa kita untuk orang lain, lagi banyak Allah gandakan untuk diri kita. Jangan hanya meminta kebaikan untuk diri sendiri. Tapi berdoalah kebaikan untuk orang lain. InsyaAllah hidup kita akan selalu bahagia. 

Try doa untuk orang lain start hari ni, tengok apa yang kita rasa. 

10. Jauh dari perdebatan

Jangan berdebat walaupun kita benar. Biarkan orang yang berdebat tu terus berdebat. Debat ni tak lain akan buat kita sakit hati je. Jika kita terus menerus masuk dalam dunia debat, sampai bila bila ketenangan kita akan terganggu. 

Kita akan rasa marah, rasa tak puas hati, rasa itu & ini. Lepas tu banyak habiskan masa dengan debat yang sia sia. 

Baik kita buat benda yang bermanfaat. Lagi elok. Untuk tenangkan diri kita, jauhkan diri kita dari debat. Baru la hati & fikiran kita akan jadi lebih tenang. 

11. Basahkan lidah dengan zikrullah

Hari hari mesti zikir, hati & jiwa akan menjadi tenang. Sentiasa berzikir & berzikir akan buatkan jiwa kita jadi bahagia walaupun kita tengah ada banyak masalah. 

Zikir salah satu cara untuk menghubungkan jiwa kita dengan syurga Allah. Kita akan rasa secebis kebahagiaan dari syurga tu sendiri. Dengan syarat, selalu basahkan lidah dengan zikrullah. 

12. Diam dari berkata perkataan yang sia sia

Kalau tak tahu nak cakap apa, tak tahu nak buat apa, seeloknya diamlah. Tak perlu cakap apa apa kalau kita memang tak tahu nak cakap apa. 

Bila kita diam, kita takkan bercakap sesuatu yang sia sia. Diam bagi kesan pada jiwa kita untuk selalu bermuhasabah diri. Lagi banyak perkataan yang kita jaga, lagi bahagia jiwa kita. InsyaAllah. 

13. Mengaji setiap hari

Percaya la, mengaji setiap hari sebahagian dari ilmu bahagia. Kalau nak rasa tenang & bahagia setiap masa, mengaji la. Buka la Al Quran macam kita bukan hp setiap hari. 

Baca la 1 muka surat sehari. Dah cukup untuk kita bahagiakan diri kita sendiri dengan Al Quran. 

Kita kena buat, baru kita rasa. Teori & praktikal tu dua benda yang berbeza. 

Kesimpulan

Ada banyak lagi cara untuk kita bahagia. InsyaAllah saya akan update lagi cara cara untuk bahagia kan diri kita sendiri. 

Artikel atas ni hanya sebahagian sahaja. Kalau ada lagi cara yang kita nak kongsikan, boleh komen dibawah. Mudah mudahan. 

Sharekan artikel ni pada orang lain, mungkin dapat bantu mereka yang sedang mencari jalan. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.