Kenapa tiba tiba rasa down

Tiba-tiba je rasa sedih, tak ada mood, dan rasa macam dunia ni berat sangat. Jadi, apa sebenarnya yang menyebabkan kita tiba tiba rasa down macam ni? 

Gangguan jin pada diri

Percaya ke tak, ada yang berpendapat gangguan jin boleh menyebabkan kita rasa down. 

Benda ni mungkin berlaku kalau kita terdedah kepada energi negatif atau ada aktiviti yang tidak sepatutnya kita lakukan. Jadi, tolong jaga diri sendiri dan jaga amalan kita. Simple. 

tiba tiba rasa down

Kemurungan

Kemurungan ni salah satu penyakit mental yang serius dan boleh menyebabkan kita tiba tiba rasa down. 

So kalau korang rasa sedih yang berpanjangan, hilang minat dalam aktiviti yang korang suka, atau ada perubahan dalam selera makan dan tidur, mungkin korang mengalami kemurungan. 

Untuk masalah macam ni, korang sangat disarankan untuk berjumpa dengan doktor. Detailskan semuanya, doktor akan bantu. InsyaAllah. 

Terkena aura negatif dari luar

Aura negatif dari orang lain atau dari persekitaran kita boleh menganggu mood korang. 

Kalau korang rasa down selepas berjumpa dengan seseorang atau berada di tempat tertentu, mungkin sebab aura negatif. Mungkin orang yang korang jumpa tu ada gangguan sihir, ada tempias, badi tak pun penyakit ain. 

Kalau nak melawat orang sakit, seeloknya amalkan pendinding diri dulu. Kita tak tahu apa yang ada pada pesakit tu. Tak kira la dia sakit apa pun. 

Kecewa dengan orang sekeliling

Kecewa dengan orang sekeliling, sama ada kawan, keluarga, atau pasangan, boleh membuat kita rasa down. Ingat, kita semua manusia dan kita semua buat kesilapan. Jadi, cuba untuk maafkan dan move on.

Mengingat kepada peristiwa yang tak baik

Selalu teringat kepada peristiwa yang tak baik dalam hidup korang boleh membuat korang rasa down secara tiba tiba.

Jadi, cuba untuk fokus pada masa depan dan jangan biarkan masa lalu mengawal kehidupan korang. Hidup ni cuma sekali. 

Tiba tiba rasa down

Tiada support dari keluarga

Keluarga adalah tempat kita mencari sokongan dan kasih sayang. Jadi, bila kita rasa tak ada support dari keluarga, kita boleh rasa down. Jika ini yang korang alami, cuba cari sokongan dari kawan atau komuniti.

Selalu gagal dalam usaha

Gagal dalam usaha boleh membuat kita rasa down. Tapi, ingat, kegagalan adalah sebahagian dari proses pembelajaran. Jadi, jangan putus asa dan terus cuba.

Tekanan kerja

Tekanan di tempat kerja boleh membuat kita rasa down. Jika korang rasa terlalu stress dengan kerja, cuba cari cara untuk relax dan jangan lupa untuk ambil masa untuk diri sendiri.

Kurang rehat

Kurang tidur atau kurang rehat boleh menyebabkan korang jadi stress & tiba tiba rasa down. Jadi, pastikan korang cukup tidur dan ambil masa untuk rehat.

Masalah kewangan

Masalah kewangan ni antara faktor utama yang boleh membuatkan korang rasa down.

Sesiapa pun boleh down, kalau duit dalam dompet tak ada.

Bila korang risau tentang duit, korang mungkin akan fikir macam macam, fikir macam mana esok, fikir macam mana nak bayar itu ini & akan sebabkan korang rasa stress & berakhir dengan down yang berpanjangan. 

Jadi, cuba untuk buat perancangan kewangan yang lebih baik dan jangan takut untuk minta bantuan jika perlu.

Konflik dalam hubungan

Konflik dalam hubungan, sama ada dengan pasangan, kawan, atau keluarga, boleh membuat kita rasa down. 

Jadi, cuba untuk selesaikan konflik dengan cara yang matang dan positif. Jangan biarkan konflik merosakkan hubungan kita.

Kesihatan fizikal yang tidak baik

Kesihatan fizikal yang tidak baik juga boleh membuat kita rasa down. 

Jika kita sakit atau tidak berasa sihat, kita mungkin akan rasa sedih atau tertekan. Jadi, jaga kesihatan fizikal kita dan jangan lupa untuk buat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Kesunyian

Kesunyian juga boleh membuat kita rasa down. Jika kita rasa sunyi, cuba untuk cari aktiviti yang kita suka atau spend masa dengan orang yang kita sayangi. 

Ingat, kita tak perlu rasa sunyi. Ada banyak orang di luar sana yang sudi mendengar dan membantu.

Tiba tiba rasa down

Rasa tak dihargai

Rasa tak dihargai, sama ada di tempat kerja atau dalam hubungan, boleh membuat korang rasa down. Korang tak boleh simpan masalah ni sorang sorang. Korang kena share. 

Jadi, jangan takut untuk beritahu orang lain tentang perasaan korang dan cari cara untuk hargai diri korang sendiri. InsyaAllah jiwa korang akan pulih balik. 

Takut akan masa depan

Takut dengan masa depan juga boleh membuat korang jadi down secara tiba tiba. Tak ada semangat nak kejar cita cita. 

Korang kena bukak je movie movie yang boleh bagi korang semangat. Tengok cite cite yang boleh bagi korang semangat.

Ingat, masa depan ni sesuatu yang korang boleh ubah dan korang ada kuasa untuk membuat hidup korang lebih baik.

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.