imuslim

8 sebab kenapa kita hidup miskin

Hidup miskin ni bersebab

Bukan saja saja kita hidup miskin. Bukan saja saja Allah nak jadikan kita hidup miskin. Semuanya yang berlaku atas muka bumi ni mesti bersebab. 

Kita je sedar tak sedar. 

Majoriti yang hidup miskin, tak tahu pun kenapa hidup miskin. Tak tahu apa puncanya. 

hidup miskin

Links

1. Allah nak kita bermula dari bawah

Kita hidup miskin sebab Allah nak kita belajar dari bawah. Allah nak kita belajar untuk pandai berdikari sendiri. 

Allah nak jadikan kita orang yang tak lalai & belajar bersungguh sungguh. Kalau kita lahir lahir dah kaya, kita mungkin jadi malas belajar. Kita mungkin tak bersungguh nak kejar cita cita. 

So disebabkan Allah dah tahu kita macam tu, maka dia jadikan kita lahir dalam keluarga yang miskin. Selebihnya atas usaha kita sendiri untuk kita baiki kehidupan kearah yang lebih baik. 

hidup miskin

2. Untuk jadikan kita kuat

Allah takdirkan kita hidup miskin sebab nak jadikan seorang manusia yang kuat. 

Kita kuat sebab kita dah lalu macam macam penderitaan dalam hidup. Kita hidup miskin, susah nak cari makan, kena cemuh dengan masyarakat, kena hina & dipandang sebelah mata. 

Semua yang kita lalu ni akan jadikan kita seorang manusia yang matang & kuat. 

Sebab tu Allah jadikan hidup miskin untuk diri kita. Allah nak kita belajar untuk ubah kehidupan kita sendiri. 

3. Supaya kita jadi pandai

Kalau kita kaya, mungkin kita tak belajar. Semua orang belajar sebab nak ada masa depan yang cerah. Masa depan cerah tu maksudnya duit la. 

Tapi kita dah ada banyak duit, so tak ada sebab untuk kita belajar sungguh sungguh. 

Then disebabkan tu la Allah jadikan hidup kita miskin. Supaya kita fokus dalam belajar, dapat kejar cita cita dengan bersungguh sungguh. 

Kalau kaya takde nya bersungguh sungguh. 

4. Supaya kita belajar bersyukur

Kalau kita lahir dalam keluarga kaya, mungkin kita takkan bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebab apa saja yang kita nak mudah nak dapat. 

Kalau barang rosak sikit, buang. Barang calar sikit, beli baru. Sebab semudah ABC kita boleh dapatkan. Keluarga kita kan banyak duit. 

Disebabkan tu Allah jadikan hidup miskin untuk diri kita supaya Allah nak kita tahu, betapa susahnya nak dapatkan barang tu. Betapa susahnya nak dapatkan makanan. 

Menjadikan kita manusia yang lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebab tu kita hidup dalam keadaan miskin. 

5. Supaya kita beringat dengan orang susah

Bila kita dah kaya nanti, kita takkan lupa dengan orang susah. Sebab kita pernah ada kat tempat diorang dulu. Kita pernah hidup miskin. 

Kita tahu macam mana susahnya nak cari duit, kita tahu macam mana susahnya nak makan. 

Ni semua akan jadikan kita seorang yang pemurah dengan orang miskin. Sebab kita pernah ada ditempat diorang dulu. 

Bersyukur kita pernah hidup miskin suatu ketika dahulu. 

6. Sebab kita malas

Kalau hidup kita masih lagi miskin, ini mungkin sebab atas kemalasan kita sendiri. Kita malas nak bergerak, kita malas nak ubah kehidupan kita. 

Kita gagal dengan ujian yang Allah bagi. Allah jadikan kita miskin untuk kita ubah. Tapi kita biarkan saja. 

Kita akan kekal hidup dalam kemiskinan. Semua benda tak cukup. Kehidupan kita tetap sama dari dulu sama sekarang. 

hidup miskin

7. Sebab kita selalu fikir negatif

Semua benda kita bagi alasan. Semua benda kita cakap tak boleh. Semua benda kita fikir yang bukan bukan. 

Jawapan yang keluar kat mulut “susah”

Kalau kita fikir susah, maka susah la jadinya. Kalau kita fikir senang, maka senang la jadinya. Jangan fikir terlalu negatif. Buat saja la. 

Jadi tak jadi, belakang cerita. 

8. Sebab kita takut nak mencuba

Kita terlalu takut nak mencuba benda yang baru. Sebabkan kehidupan kita dari dulu sampai sekarang macam tu jugak. 

Kita takut sebab tak ada orang ajarkan pada kita. Kita rasa diri kita tak berguna sepanjang masa. 

Sebenarnya semua ni jadi dari otak kita sendiri. Cara kita berfikir sendiri yang tak betul. Sebab tu la kita tak mencuba benda yang baru. 

Last sekali, hidup kita akan jadi sama sahaja. Tak ada perubahan apa apa. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom follow iMuslim

Subscribe dengan isi nama & email

Cara menolak rezeki (Edisi 2021)

Step 1: Banyakkan merungut Yang ni ramai dah buat. Hari hari asyik nak merungut sahaja. Usaha tak ada. Semua benda tak kena. Semua benda tak puas

20 sebab orang benci diri kita

Sebab orang benci kita Ada banyak faktor kenapa orang benci dengan diri kita. Kadang sebab kebodohan kita sendiri, kadang sebab gangguan jin pada diri kita.

9 kelebihan minum air kosong

Kepentingan air kosong pada diri Minum air kosong ni tak perlu nak diceritakan lagi sebenarnya. Tapi kita ceritakan juga la, mungkin ada yang terlepas pandang

12 pekerjaan yang buat kita jadi kaya

Pekerjaan yang mudah kaya Banyak kerja yang boleh mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda. Kerja pun mudah, duit pun senang nak masuk.  Tapi tak ramai yang

12 tanda Allah sayang kita

Allah sayang kita Allah kalau sayang pada kita, dia akan bagi apa yang kita perlukan. Dia akan jadikan dekat dengan diriNya.  Cara Allah tunjukkan sayangNya

Jangan memandang harta

Jangan pandang harta! Kalau kita pandang menilai seseorang dengan harta, kita silap besar dalam menilai orang lain.  Kalau kita mencari pasangan kerana harta, maka kita

11 cara pulihkan hubungan suami isteri

Belajar untuk pulihkan hubungan suami isteri Sebelum buat apa apa, belajar dulu macam mana cara. Kalau semua nak main hentam je, memang sampai bila bila

9 sebab rasa berat nak solat

Rasa berat nak solat Mesti kita selalu fikir, kenapa kita berat nak solat. Padahal solat tu mudah sangat. Cuma perlukan 5-10 minit saja nak buat

9 sebab kita rasa tak berguna

Kenapa kita rasa tak berguna? Ada banyak faktor kenapa kita rasa tak guna. Kita rasa down, kita rasa macam disisihkan semua orang, kita rasa terhina.

8 sebab kenapa kita hidup miskin

Ada banyak sebab kenapa kita hidup miskin. Paling penting jangan merungut dalam kehidupan. Lagi kita merungut, lagi kita miskin.

7 tanda lelaki gatal

Lelaki gatal Lelaki gatal ni takde benda lain yang dia nak, melainkan nak puaskan nafsu semata mata.  Tanda tanda lelaki gatal ni ada banyak. Yang

8 rahsia menarik rezeki (Edisi 2022)

Ilmu menarik rezeki Nak tarik rezeki ni kita kena ada ilmu dia. Ada macam macam kaedah biasanya. Ada kaedah mudah & ada kaedah yang susah. 

7 tanda orang tak ikhlas dengan kita

Tak pasti orang tu ikhlas ke tak kawan dengan kita, tapi dapat rasa sikit sikit yang orang tu macam tak sudi nak berkawan dengan kita.

11 sebab suami tiada nafsu dengan isteri

Suami tiada nafsu Banyak faktor kenapa suami tiada nafsu dengan isteri. Kadang kadang sebab benda yang kita nampak dengan mata.  Kadang kadang juga benda yang

14 sebab kenapa kita hilang kawan

Hidup rasa sunyi? Tak tahu kenapa semua kawan menjauh? Atau diri kita sendiri yang dah tak serasi dengan kawan? Mungkin artikel ni ada jawapannya.

error: [email protected]